Pages

Friday, November 27, 2009

PELARIS HARAM


Cara mudah nak tahu kedai itu ada pelaris tidak halal, ialah pada kali
pertama kita ke kedai tersebut, baca Qursi 3x luar dari kedai. Sebaiknya
semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak
perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, "pelaris" tu akan marah dan kita
akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu,
eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Selain itu, cara lain perhatikan apa wafaq di kedai makan. Biasanya orang
Islam akan letak Surah Yasin, ayatul Qursi dan ayat 1000 Dinar (Surah
at-Talaq 2-3) di belakang cashier. Tetapi ada yang guna wafaq ada simbol2
square, number2, bintang2, macam maruku pun ada....

Untuk kedai yang mana pengurusan-nya condong ke arah kesesatan, mereka akan
letak wafaq di mana ayat2 Quran-nya akan dibentuk seperti makhluk
(contohnya manusia, harimau, singa, burung etc). Pengurusan yang begitu
cetek tauhid-nya akan tidak segan silu letak macam2 benda tidak baik dalam
makanan sebagai pelaris. Ini kerana orang yang cetek tauhid-nya (kurang
percaya pada Hari Akhirat, Syurga, Neraka) akan sanggup lakukan apa sahaja
dalam perkara yang melibatkan wang ringgit.

Dan pengurusan sebegitu pun tidak akan segan silu guna bomoh Islam dan
tak-Islam untuk kenakan penyakit ganjil (contohnya busung etc) pada orang2
yang cuba bocorkan rahsia "pelaris" mereka.. Jadi berhati-hatilah sebab kerana
mulut santan binasa.

Semoga penerangan ini bermanfaat.

Sekian wassalam

BUNGA YANG CANTIK

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan segala pujian dan sanjungan manusia.

Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis, dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang beribu.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya, maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya.. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya.

Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai. Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.

Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang paling indah.

Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada.


Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat kepada suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.


Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.

Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.

Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia.. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.

Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.

Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.

Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk, cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya?

Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat. Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula diri wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan.

Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran :

"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl: 53

Jadilah bunga yang cantik dan wangi

PETUA


Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan

Untuk mendapatkan mata yang indah, carlah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpa

Untuk mendapat bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan kepada mereka yang kelaparan

Untuk mendapatkan rambut yang indah,mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya

Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu sentiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali dan diampuni

Jadi, jangan sesekali kucilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semua itu. Ingatlah sentiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur.

Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan. Satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi menolong orang lain

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya

Kecantikan wnita terletak pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana matanyalah terletak gerbang menuju setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang

Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni terpancar pada jiwanya yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

AIR MATA


SETIAP TITISAN AIR MATA YANG TERTUMPAH DALAM DOA DAN PENGORBANAN UNTUK ORANG LAIN ADALAH SUMBER YANG MAMPU MELEGAKAN JIWA ORANG YANG DIDOAKAN. TERUSLAH BERBUAT BAIK SAMPAI AIR MATA TERTITIS


Menangis? Setiap orang pernah menangis tidak kiralah dia itu siapa : lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau dewasa, kaya atau miskin. Dan sebab menangis itu juga ada pelbagai versi : sedih, gembira, marah, risau...Ada yang mudah menangis lalu dilabelkan sebagai lemah dan ada yang payah untuk menangis lalu dilabelkan sebagai ego. Persoalannya, apakah nilai airmata yang mengalir itu?

Ada yang beranggapan bahawa seseorang lelaki yang menangis kerana kekasihya telah pergi meninggalkan dirinya-boleh jadi air matanya seketika itu tidak berharga sama sekali.Demikian juga linangan air mata wanita yang"mengorbankan harga dirinya" kepada si Romeo-sang pemetik cinta, Justeru pada saat cinta mereka sebenarnya belum diikat dengan ikatan suci, maka pada saat itu,air mata hanyalah sia-sia.

Air mata memang ibarat hujan yang jatuh dari langit padahati yang tandus,gersang dan kering kontang.Ia boleh melembutkan hati dan jiwa yang keras seperti batu.

Dalam islam air mata sangat berharga nilainya saat penyesalan,kerinduan kepada manusia-manusia yang tawahu.Menyiram kegersangan taman hati dan jiwa,serta kalbu yang gersangdenagn nistahingga perlahan pupus,bagaikan debu-debu yang hanyut terbawa arus oleh butiran-butiran doa yang diminujatkan kapada-Nya.

Mahal... ... .Amat mahal harga titisanair mata yang mengalir saat kusyuk menghadap-Nya.Bahkan salah satu dari dua titisan yang disukai Rasulullah S.A.W adalah air mata yang mengalir kerana rasa takut dan rindu kepada allah S.W.T.Bagindakekasih allah menangis menumpahkan air mata kerana penuh harap untuk berjumpa dengan-Nya.Syidina Abu Bakar r.a pun sentiasa menangais ketika menunaikan solat.

Seorang mujahid serta sekali gus mujahid yang pernah hidup di dunia ini, Hassan Al Banna juga pernah mengalirkan airmatanya kerana memikirkan umat ini.Betapa beliau menginginkan agar umatmengetahui bahawa merekan lebih dicintai daripada dirinya sendiri.Betapa bangganya beliau ketika jiwa0jiwa ini gugur sebagai penebuskehormatan mereka,atau menjadi harga bagi menegaknya kejayaan,kemuliaan dan terwujudnya cita-aita islam.Rasa cinta yang menyentuh hati menguasai perasaan bahkan mencabut rasa rasa mengantuk di pelupuk mata hingga mambuat beliau mengalirkan air matanya.Air mata yang mengalir kerana menyaksikan bencana meruntuhkan umat ini,sememtara kita hanya sanggup menyaran pada kehinaan serta pasrah pada keputusan.

Lalu bagai manakah genagn kita? Tatkala lahir kita menangis,namun orang di sekeliling kita ttertawa bahgia kerana menyambut kelahirankita.Namun orang-orang yang kitatinggalkan menangis pada saat kita menutup usia,saat itu apakah kita juga turut manangis,atau tertawa bahgia kerana akan bertamu denagn Allah S.W.T.?Adakah amal kita lebih banyakdari dosa yang kita lakukan selama hidup di dunia yang singkat ini?Adakahprestasi kita hanya lahir,hidup,mati kemudian dilupakan orang,bahkan oleh orang-orang yang terdekat kita? Lalu setelah itu pasrah,rebah bertilamkan tanah,cemas menanti pengadillan akhir yang pastitiba.

Semoga Allah S.W.T menjadikan air mata yang jatuhdi sudut mata kita adalah air mata yang gelap ini untuk mudah tembus cahaya illahi Rabbi.

Semoga air mata ini kelak tidak menjadi titisan darah kerana letihnya kita berteriak dan mengetu pintu syurga yang telah tertutup rapat setelah pengadilan itu nanti.

Sesungguhnya,titisan air mata di dunia ini adalah lebih baik bagi kita berbanding menangis di akhiratnanti-menangislah sebelum datang hari dimana kita semua akan ditangisi,kerana itu pasti terjadi.

Ya Allah yang manusia harus takuti,lindungilah kami dari lembah maksiat ,sampai kami keluar dari dunia,tidak membawa beban walau sebesar zarah.

KETANDUSAN


keringnya akal kita
kontangnya jiwa kita
tandusnya hati kita
di bawah keterikan amarah
di dalam bahangnya hawa
di atas panasnya dosa-dosa
terhuyung-hayanglah kita
dalam mencari
setitis rahmat
setitis redha
untuk membasahkan
satu kedahagaan
yang amat memeritkan.

JANGAN TUNGGU

Ada masanya Allah SWT tidak menerima taubat dari manusia walaupun dia betul-betui bertaubat, menyesali perbuatannya sehingga dia menangis dan sebagainya. Inilah yang selalu diistilahkan dengan tertutupnya pintu taubat.


1. Nazak

Nazak di sini bukan hanya sekadar sakit tenat atau tidak sedarkan diri, tetapi jika roh sudah sampai ke kerongkongan seseorang. Biasanya malaikat maut mencabut nyawa manusia dari ubun-ubunnya. Dia tariklah roh itu dari ubun-ubun seseorang. Roh itu bergerak dari kaki ke arah kepala. Mula-mula jari-jarinya tidak bemyawa, kemudian betisnya, menyusul pahanya, perutnya, dadanya sampai lehernya. Ketika roh sudah sampai di leher atau kerongkongan, inilah yang dikatakan saat nazak atau ghargharah. Pada waktu ini tidak diterima lagi taubat seseorang.


Rasulullah saw bersabda:
Sesungguhnya Allah menerima taubat seseorang hamba selama belum sampai saat ghargharah.


Berdasarkan hadis itu, Allah SWT Maha Pengampun dan Dia menerima taubat seseorang hamba walaupun dosanya banyak kalau dia betul-betul minta ampun, tetapi dengan syarat belum sampai masa ghargharah.


2. Terancam nyawa

Firman Allah:
Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan, sehingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, barulah dia berkata: "Sesungguhnya aku bertaubat sekarang.
(An-Nisa:18)


Tidak diterima taubat dari seseorang yang dia bertaubat hanya kerana sudah diambang maut. Taubat seperti itu adalah taubat dalam keadaan terdesak, dalam keadaan genting atau dalam keadaan nyawa di hujung rambut. Taubat seperti itu tidak murni atau tulus dari hati orang yang bertaubat. Kalau bukan kerana keadaan gawat, dia tidak ingat dosanya dan tidak bertaubat.


Contohnya termasuklah orang yang bertaubat ketika kapal terbang yang dia naiki terjatuh. Misalnya ketika pesawat sudah terbakar dan sudah menjunam ke bawah, maka dia masih sempat bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat, maka taubatnya tidak diterima walaupun dia betul-betui menyesali perbuatannya. Taubatnya tidak diterima kerana dia bertaubat dalam keadaan sudah dekat ajalnya.


Contoh lainnya misalnya orang yang karam di laut, orang yang kemalangan jalan raya, orang yang terperangkap di bawah bangunan runtuh dan sebagainya. Maksudnya sudah tipis harapan untuk selamat dan masih terang hati untuk mengingat dosa-dosa yang telah dilakukan dan masih ada waktu untuk bertaubat. Dalam keadaan seperti itu taubat tidak diterima lagi.


Firaun yang terkenal keras kepala dan sombong itu pun masih sedar, insaf dan mengakui kesalahannya ketika berhadapan dengan maut. Firaun menyatakan keimanannya kepada Allah dan bertaubat dari segala kesalahannya ketika dia tenggelam di laut. Allah SWT tidak menerima taubatnya itu.


Firman Allah dalam surah Yunus ayat 90 yang bermaksud: "Dan Kami memungkinkan bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Firaun dan bala tenteranya, kerana hendak menganiaya dan menindas mereka. Sehingga apabila Firaun itu telah hampir tenggelam, berkatalah dia: "Saya percaya bahawa tidak adaTuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri."


Allah SWT tidak menerima taubat Firaun. Sebelumnya dia sudah terlalu jahat. Dia sudah banyak menindas kaum Bani Israil dan ramai yang dia bunuh. Dia telah banyak menentang Nabi Musa. Firaun sebenarnya sangat takjub dengan kekuasaan yang dia miliki sehingga membuat dia sombong. Dia menganggap dirinya raja dari segala raja, bahkan dia mengatakan dirinya Tuhan. Allah SWT tidak bersedia mengampuni kesalahan Firaun, apalagi kerana dia menyatakan keimanannya dan bertaubat setelah berada di ambang maut.


Allah SWT menjawab kata-kata Firaun itu dengan firmanNya:
Apakah sekarang (baru engkau percaya), padahal sesungguhnya engkau telah derhaka sejak dahulu, dan engkau termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan? (Yunus: 91)


3. Dalam keadaan kafir

Allah tidak akan menerima taubat seseorang selama dia masih kafir atau belum beriman. Ini sesuai dengan firman Allah:
Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka dalam kekafiran. (An-Nisa: 18)


Kalau ada orang kafir yang ingin bertaubat dari dosa-dosanya, maka hendaklah dia masuk Islam dahulu. Sebenamya orang kafir kalau dia sudah beriman (masuk Islam), maka hapuslah segala dosanya selama dia kafir. Sebaik saja masuk Islam, dia bersih dari dosa seperti halnya anak yang baru lahir. Sungguh beruntung orang yang mendapat hidayat untuk masuk Islam, apalagi dia sanggup mempertahankan rekod bersih itu sampai akhir hayatnya.


4. Matahari terbit dari barat

Taubat juga tidak diterima apabila matahari terbit dari barat atau tempat terbenamnya. Di antara tanda kiamat kubra (tanda besar) ialah terbit matahari dari tempat terbenamnya. Menurut riwayat, menjelang kiamat nanti akan terjadi suatu malam panjang. Malam itu cukup lama barn berganti dengan siang. Orang-orang semua sudah penat tidur dan perut pun sudah terasa lapar tetapi hari masih gelap. Setelah penat menunggu, barulah muncul cahaya fajar. Seperti biasa, hari pada pagi harinya mulai terang. Manusia keluar rumah untuk urusan masing-masing. Pada mulanya belum nampak sebarang keanehan. Tetapi alangkah terkejutnya manusia ketika itu tatkala melihat matahari terbit dari barat atau tempat yang biasa ia terbenam. Menurut riwayat, peristiwa itu nanti akan terjadi pada hari Jumaat, yakni tepat pada hari terjadinya kiamat. Hari itulah terjadinya kiamat dan hari itu pintu taubat sudah ditutup.

Salam


Welcome to my blog.